Seuntai Kata Cinta.
Cinta bagaikan matahari yang selalu menerangi.
cinta adalah sesuatu yang indah,
yang membuat dunia menjadi penuh dengan warna,
seindah pelangi, sesejuk embut dipagi hari.
Wahai engkau,
beruntunglah engkau yang diberi cinta.
yang dapat menikmati indahnya cinta.
cinta tidak pernah mengharap, ia sentiasa memberi, cinta membawa luka, tetapi tidak pernah membuat noda dendam dalam sukma, Di mana ada cinta di situ ada kehidupan
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
cinta sejati adalah ketulusan tanpa pamrih kepada yang dicinta, tak akan membiarkan yang dicintainya menderita, tak rela jika yang dikasihinya menitiskan airmata karena kecewa.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa teringat akan canda tawanya, akan paras wajahnya dan dia akan senantiasa ada dalam hati kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa bisa. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak menyukainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya. hati tak dapat dibohongi, cinta tak dapat dikelabuhi.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Tag: love


2009 (1)
love

0 komentar:
Posting Komentar